esok saya nak mkn asam pedas..nak minta enchik bos masak ahhh..hahahahha
--------------------------------------------------------------------------------------
TUGAS ISTERI CUMA1!!!....
Pak Ngah Adan : "Apasal monyok ni Muin?"
Muin : "Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak gulai tempoyak feberet aku"
Pak Ngah Adan : "Ate, apasal kau tak masak sendiri je?"
Muin : "Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan suami, bior la bini aku masak, aku makan je"
Pak Ngah Adan : "Patutnye kau la yang masak"
Muin : "Ish.... kan masak tu tugas isteri?"
Pak Ngah Adan : "Bila masa pulak masak ni jadi tugas isteri?"
Muin : "Laaa, kan dari dahulu kala lagi"
Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya, kita ni dok amal budaya sampai tak ikut ajaran agama"
Muin : "Ajaran agama? lain ke yang Islam ajar?"
Pak Ngah Adan : "Memang la lain, tu pasal kita kena belajar"
Muin : "Sebenarnya ikut Islam macam mana?"
Pak Ngah Adan : "Kalau ikut Mazhab Syafie dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kewajipan isteri satu je, layan suami, yang lain semua kewajipan suami"
Muin : "Hoh, layan suami je?"
Pak Ngah Adan : "Haah, kewajipan yang kena isteri buat layan suami je"
"Yang lain-lain, dalam urusan rumahtangga semua urusan suami.Macam sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, jaga anak, sampai susukan anak pun kewajipan suami"
Muin : "Susukan anak pun suami kena buat? biar betul"
Pak Ngah Adan : "Kalau isteri tak mau susukan anak, suami tak boleh paksa, dia kena cari ibu susuan atau cari la susu kambing ke, lembu ke."
"Tapi Islam ni indah, Allah tak wajibkan, tapi Allah anugerahkan kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak tu."
Muin : "Oooooo, apa lagi kewajipan suami?"
Pak Ngah Adan : "Suami wajib bagi makan kepada isteri. Minimum 1 mud atau satu cupak Baghdad lebih kurang tadahan 2 tapak tangan makanan ruji kepada isteri setiap hari. lauk pauk tu tak wajib dah. Wajib sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian setahun"
"Kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan makanan tu ke mulut isterinya"
"Tapi kalau suami nak bagi lebih tak jadi masalah. Takkan nak bagi makan nasi tak berlauk pulak kan?"
"Suami tak wajib bagi duit kat isteri dia, tapi boleh ganti duit kalau isteri tu rela dan nak uruskan sendiri, macam gantikan makanan dengan duit, isteri makan sendiri la. Duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya, dia boleh buat apa sahaja dengan duit tu tanpa minta izin suami. Tapi baiknya bagi tau la kalau benda tu besar macam nak beli kereta tu"
Muin : "Kalau isteri tak tuntut hak dia?"
Pak Ngah Adan : "Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan berumah tangga. Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi lebih dari kewajipan dia, itu baik"
"Kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik. Macam isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga anak, susukan anak. Itu akan meringankan suaminya dan akan mendatangkan keredhaan suami dan Allah kepada si isteri. Tapi kalau isteri tak mau buat, suami tak boleh paksa. Malahan berdosa suami memaksa isteri melakukan yang asalnya adalah kewajipan suami itu sendiri"
"Tapi tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya pengikat cukup kuat dalam rumahtangga, yang mendatangkan keharmonian dan rahmat Allah"
Muin : "Ooooo, baru aku tau"
Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya orang kita ni, belajar tak berapa mau, akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun tak tau. Suami sibuk nak tambah bini, sebab tak tau betapa beratnya kewajipan suami. Kalau semua benda bini nak buat, memang best la kawin ramai. Isteri pulak dalam tak sedar ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula la membebel. Kadangkala pi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang pahala dan dapat dosa"
"Ingat Muin, ramai perempuan masuk neraka disebabkan mulut mereka. Sebahagiannya sebab berleter sebab letih. LETIH buat kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri. Tambah pulak bila suami tak menolong. Naya betul....."
wallahualam...
;)))
SILA LIKE PAGE KAMI UTK TIDAK KETINGGALAN DGN NEWS/UPDATE PROMOSI TERKINI & BANYAK LAGI PETUA/TIPS2 MENARIK. JGN GADUH2 OK?
wajib klik
PEMBORONG DAN RETAIL PAKAIAN MURAH KANAK-KANAK RM5
MENJUAL PAKAIAN KANAK-KANAK BRANDED DENGAN HARGA YANG SANGAT MURAH..MEMBUAT ANDA SEMUA TIDAK PERCAYA!!!!
Thursday, October 30, 2014
Wednesday, August 20, 2014
Thursday, May 29, 2014
Wednesday, May 14, 2014
Wednesday, April 30, 2014
Monday, April 28, 2014
Monday, April 21, 2014
SYARAT-SYARAT:_
KAMI HANYA PERLU RM100!!!
BARANG YANG SUDAH DIBELI,,TIDAK BOLEH
DIPULANGKAN SEMULA!!!
BARANG BERGANTUNG PADA
PEMILIHAN KAMI!
SENARAI BARANG
5HELAI SELUAR JEANS BERJENAMA
5 HELAI TEE-SHIRT BERJENAMA
ITU SAHAJA KE???
+Sehelai jeans
+Sehelai tee-shirt
akan kami beri secara PERCUMA
TERHAD 5ORANG SAHAJA!!!
APA TUNGGU LAGI...PM SAYA..
FAST ACTION!!!FAST RESULT
LIMITED EDITION!!!
P/S:-JENAMA BARANG YANG KAMI BERIKAN..ADALAH CAMPURAN..SEPERTI
GAP/BATMAN/SUPERMAN/SUPER DRY/QUIKSILVER DAN LAIN-LAIN LAGI!!!
puasa dah nak dekat!!!!
nak jugak kita cari duit raya!!!!nak mula berniaga pasti bnyak modal kena pakai!!!!mesti kena bnyak duit baru boleh mulakan perniagaan!!!kena ada pengalaman!!!baru berjaya!!!!kena buat pinjaman bank baru saya boleh mulakan perniagaan!!
TIDAK perlu itu SEMUA!!!!
ANDA????
nak cari side income tak????
nak berniaga dengan modal serendah rm100!!!woowww!!!
tak ada pengalaman..kami boleh kongsi pengalaman
nak berjaya!!!!perlu ada keberanian!!!!
anda hnya perlu ada
keyakinan!!!!
keberanian!!!
kemahuan!!!
dannnnnn...rm100!!!!!
JOM REBUT PELUANG INI..TERHAD DAN LIMITED EDITION..
nak jugak kita cari duit raya!!!!nak mula berniaga pasti bnyak modal kena pakai!!!!mesti kena bnyak duit baru boleh mulakan perniagaan!!!kena ada pengalaman!!!baru berjaya!!!!kena buat pinjaman bank baru saya boleh mulakan perniagaan!!
TIDAK perlu itu SEMUA!!!!
ANDA????
nak cari side income tak????
nak berniaga dengan modal serendah rm100!!!woowww!!!
tak ada pengalaman..kami boleh kongsi pengalaman
nak berjaya!!!!perlu ada keberanian!!!!
anda hnya perlu ada
keyakinan!!!!
keberanian!!!
kemahuan!!!
dannnnnn...rm100!!!!!
JOM REBUT PELUANG INI..TERHAD DAN LIMITED EDITION..
Sunday, April 20, 2014
9 PERKARA HEBAT YANG DIAMALKAN DALAM PERNIAGAAN OLEH JUTAWAN ISLAM ABDUL RAHMAN BIN AUF
Abd Rahman bin Auf adalah orang yang kelapan memeluk Islam semasa Islam baru sahaja dikembangkan di Kota Mekah. Lahir tahun ke 10 selepas tahun gajah dan berhijrah ke Madinah dalam rombongan ke dua. Beliau adalah seorang yang kaya, hartawan dan cukup pandai dan mahir dalam melakukan perniagaan. Abd Rahman Bin Auf adalah salah seorang sahabat nabi seramai sepuluh orang yang telah dijanjikan untuk menghuni syurga kelak.
Berikut dikemukakan ciri-ciri yang bagaimana yang telah Abdul Rahman Bin Auf lakukan dan tunjukkan dari zaman Rasulullah SAW yang perlu ada untuk kita yang melakukan jualan supaya dapat ditiru seterusnya diikuti dan dipergunakan oleh kita semua bagi memudahkan lagi urusan kerja kita melakukan jualan. Antaranya adalah

1. TIDAK MENGHARAPKAN BANTUAN ORANG LAIN
Ketika Abdul Rahman Bin Auf memasuki Kota Madinah, Rasulullah SAW yang mulia telah mempersaudarakan antara Abdul Rahman bin Auf dengan Saad bin Rabi. Dan marilah kita dengarkan sahabat yang mulia Anas bin Malik ra meriwayatkan kepada kita apa yang terjadi “… dan berkatalah Saad kepada Abdul Rahman, ‘Saudara ku, aku adalah penduduk Madinah yang kaya raya, silakan pilih separuh harta ku dan ambillah! Dan aku mempunyai dua orang isteri, cuba perhatikan yang lebih menarik perhatian anda, akan ku ceraikan ia hingga anda boleh memperisterinya. Jawab Abdul Rahman bin Auf, ‘Moga-moga Allah memberkati anda, isteri dan harta anda! Tunjukkanlah saja letaknya pasar agar aku dapat berniaga!’ Abdul Rahman pergi ke pasar, dan berjual belilah di sana. Lalu ia pun beroleh keuntungan yang banyak dan besar.”
Pada suatu hari, kota Madinah sedang aman dan tenteram, terlihat debu tebal yang mengepul ke udara, datang dari tempat ketinggian di pinggir kota. Debu itu semakin tinggi bergumpal-gumpal hingga hampir menutup ufuk pandangan mata. Ramai orang menyangka ada angin ribut yang melanda dan menerbangkan pasir dengan debu yang kuat. Tetapi kemudian dari balik tirai debu itu segera mereka dengar suara hiruk pikuk, yang memberi tahu tibanya suatu iringan kabilah besar dan panjang.
Tidak lama kemudian, sampailah 700 kenderaan yang sarat dengan muatannya memenuhi jalan-jalan kota Madinah dan menyibukkan keadaan ketika itu. Orang ramai saling panggil memanggil dan menghimbau menyaksikan keramaian ini serta turut bergembira dan bersukacita dengan kedatangan harta dan rezeki yang dibawa kabilah tersebut.
Ummul Mukminin Siti Aisyah ra demi mendengar suara hiruk pikuk itu lalu ia bertanya, “Apakah yang telah terjadi di kota Madinah?” Mendapat jawapan, bahawa kabilah Abdul Rahman bin Auf yang baru datang dari Syam membawa barang-barang dagangannya. Kata Ummul Mukminin lagi, “Kafilah yang telah menyebabkan semua kesibukan ini?” “Benar, ya Ummul Mukminin, kerana ada 700 kenderaan semuanya!” Ummul Mukminin menggeleng-gelengkan kepalanya, lalu melayangkan pandangannya jauh menembus, seolah-olah hendak mengingat-ingat kejadian yang pernah dilihat atau ucapan yang pernah didengarnya.
Dan sebelum tali-temali perniagaannya dilepaskannya, ditujukannya langkah-langkahnya ke rumah Ummul Mukminin Siti Aisyah lalu berkata kepadanya, “Anda telah mengingatkan suatu Hadis yang tak pernah ku lupakannya.” Kemudian ulasnya lagi, “Dengan ini aku mengharap dengan sangat agar anda menjadi saksi, bahawa kabilah ini dengan semua muatannya berikut kenderaan dan perlengkapannya, ku persembahkan di jalan Allah azza wajalla!” Dan dibahagikannya lah seluruh muatan 700 kenderaan itu kepada semua penduduk Madinah dan sekitarnya sebagai perbuatan baik yang sangat besar di redha oleh Allah SWT.
Pada suatu peristiwa lain sebahagian sahabatnya berkumpul bersama Abdul Rahman Bin Auf menghadapi jamuan di rumahnya. Tak lama sesudah makanan diletakkan di hadapan mereka, beliau pun menangis kerana itu mereka bertanya, “Apa sebabnya anda menangis wahai Abu Muhammad?” Ujarnya, “Rasulullah SAW telah wafat dan tak pernah beliau sama sekali bersama ahli rumahnya menikmati makanan sehingga kekenyangan makan roti gandum, apa harapan kita apabila dipanjangkan usia tetapi tidak menambah kebaikan bagi kita?”
Begitulah ia, kekayaannya yang melimpah-limpah, sedikit pun tidak membangkitkan kesombongan dan takabbur dalam dirinya. Sampai dikatakan orang tentang dirinya bahawa “Seandainya seorang asing yang belum pernah mengenalinya, kebetulan melihatnya sedang duduk-duduk bersama pelayan-pelayannya, nescaya ia tak akan sanggup membezakannya dari antara mereka semua”
4. PANDAI MENCARI PELUANG
Mencari dan mendapat keuntungan dalam perniagaan sampai suatu batas dan tahap yang membangkitkan dirinya secara peribadi memperoleh ketakjuban dan kehairanan, hingga katanya bermaksud “Sungguh, ku lihat pada diri ku, seandainya aku mengangkat batu nescaya ku temukan di bawahnya emas dan perak”. Dari situ, beliau memulakan perniagaan menjual unta. Harga unta yang dijual hanya 1,000 dirham (dikira tiada memperolehi untung sahaja kerana kos seekor unta adalah 1, 000 dirham juga). Jadi bagaimana keuntungan itu di perolehi? Jawapannya, beliau hanya mengambil untung atas jualan tali yang mengikat unta tersebut. Bayangkan beliau dapat menjual 1000 ekor unta dalam masa sehari sahaja. Perolehannya bagaimana? 1,000 upah tali x 1 dirham = 1000 dirham. Amat menakjubkan.
5. MUDAH DIPERCAYAI
Peristiwa ini terjadi sewaktu tatkala Umar Al Khathab hendak berpisah dengan roh nya yang suci dan beliau telah memilih enam orang tokoh dari kalangan para sahabat Rasulullah SAW sebagai ahli jawatankuasa tertinggi agar mereka memilih dan menentukan salah seorang di antara mereka untuk menjadi khalifah yang baru.
Jari-jari tangan sama-sama menunjuk dan mengisyaratkan kepada Abdul Rahman bin Auf. Bahkan sebahagian sahabat telah menegaskan bahawa dialah orang yang lebih berhak dengan khalifah di antara yang enam itu, maka ujarnya, “Demi Allah, daripada aku menerima jawatan tersebut, lebih baik di ambil sahaja pisau diletakkan ke atas leher ku, kemudian anda semua tusukkan sampai tembus ke sebelah leher ku ini”
6. MENCARI KEBERKATAN DALAM MENCARI REZEKI
Diserahkannya pada suatu hari 500 ekor kuda yang kuat dan segar untuk perlengkapan bala tentera Islam, dan di hari yang lain 1,500 kuda di tambah lagi. Menjelang wafatnya ia berwasiat untuk menyerahkan sebanyak 50,000 dinar kepada mereka yang berjuang kepada jalan Allah, lain diwasiatkannya pula bagi setiap orang yang ikut perang Badar dan masih hidup, masing-masing menerima 400 dinar, hingga Sayidina Uthman bin Affan r.a yang terbilang kaya juga antara yang layak menerima wasiat tersebut, serta katanya, “Harta Abdul Rahman bin Auf adalah halal lagi bersih, dan memakan harta itu membawa selamat dan berkat sama sekali”
7. SENTIASA MENCARI KEREDHAAN ALLAH
Pada suatu hati ia terdengar Rasulullah SAW bersabda, “Wahai ibnu Auf, anda termasuk di dalam golongan orang kaya dan anda akan masuk syurga secara perlahan-lahan. Pinjamkanlah kekayaan itu kepada Allah, pasti Allah mempermudah langkah anda ke sana”. Semenjak itu, beliau sentiasa teringat akan nasihat Rasulullah SAW dan beliau sentiasa menyediakan bagi Allah pinjaman yang di sarankan, maka Allah pun memberi ganjaran kepadanya dengan berlipat ganda lagi perolehannya. Di suatu hari, ia menjual sebidang tanah dengan harga 40.000 dinar, kemudian wang itu dibahagi-bahagikannya semua untuk keluarganya dari Bani Zuhrah, untuk para isteri Nabi dan untuk kaum fakir miskin ang amat memerlukannya.
8. SENTIASA MERENDAH DIRI
Dan pada tahun 32 Hijrah, di saat tubuhnya akan berpisah dengan rohnya. Ummul Mukminin Aisyah ingin memberinya kemuliaan khusus yang tidak diberikannya kepada orang lain, maka diusulkannya kepada Abdul Rahman Bin Auf sewaktu ia masih terbaring di ranjang menuju kematian, agar ia bersedia dikuburkan di perkarangan rumahnya berdekatan dengan makam Rasulullah SAW, Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar. Akan tetapi ia memang seorang Muslim yang telah dididik Islam dengan sebaik-baiknya, ia merasa sangat malu apabila mahu diangkat dirinya pada kedudukan tersebut. Maka teringatlah Abdul Rahman Bin Auf telah memberikan janji dan ikrar yang kuat terlebih dahulu dengan Utsman bin Madhun, yakni apabila salah seorang di antara mereka meninggal sesudah yang lain maka hendaklah ia dikuburkan berdekatan dengan sahabatnya itu. Di waktu rohnya bersiap-siap memulai perjalanannya yang baru, air matanya meleleh sedang lidahnya bergerak-gerak mengucapkan kata-kata, “Sesungguhnya aku khuatir dipisahkan dari sahabat-sahabat ku hanya kerana disebabkan kekayaan ku yang melimpah ruah!”
9. TIDAK TAMAK ATAU MEMENTINGKAN DIRI
Abdul Rahman Bin Auf adalah seorang pemimpin yang bijak dan cekap menguruskan hartanya. Sebagai buktinya, ia tidak mahu sebarang musibah dan melalaikan berlaku dengan mengumpulkannya dan tidak pula dengan menyimpannya. Bahkan ia mengumpulkannya secara cukup santai dan dari jalan yang halal dan dibenarkan oleh syarak. Kemudian ia tidak menikmatinya secara bersendirian, tapi ikut menikmatinya bersama keluarga dan kaum kerabatnya serta saudara-saudaranya dan masyarakat seluruhnya. Dan kerana begitu luas pemberian serta pertolongannya, pernah dikatakan orang, “Seluruh penduduk Madinah bersekutu dengan Abdul Rahman bin Auf pada hartanya. Sepertiga dipinjamkannya kepada mereka. Sepertiga lagi dipergunakannya untuk membayar hutang-hutang mereka. Dan sepertiga bakinya lagi diberikan dan dibahagi-bahagikannya kepada mereka yang memerlukannya”
Contoh terbaik dalam melakukan jualan agar sifat-sifat dan sikap yang ada pada Abd Rahman bin Auf dapat disemadikan dan diterapkan juga dalam diri kita ini. Kalau para sahabat yang rapat dengan Rasulullah SAW boleh melakukannya kenapa kita tidak. Berhemah dan berbudi bahasa sentiasa agar prospek/pelanggan boleh mempercayai kita dan seterusnya memudahkan lagi urusan jualan kita membantu seramai yang termampu. Kalau kita tidak mampu untuk menjadi seperti Abdul Rahman Bin Auf tetapi jika dapat ikuti sikap-sikap positifnya sahaja itu pun sudah dikira cukup baik sama sekali.
p/s:-Rezeki itu hak Allah, kami hanya berusaha mencari rezeki yang halal. Disetiap rezeki yang kami dapat, ada hak orang lain di dalamnya. Kerana itu, kaya bukan tujuan melainkan ianya adalah ujian... Jom jihad ekonomi bersama kami... Dengan kekuatan ekonomi, kita boleh membantu mereka yang memerlukan...moga..kami dapat membantu mengurangkan beban kepada peniaga yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia perniagaan...segala tunjuk ajar..akan diberikan...insya allah..kami akan kongsi apa yang kami tahu kepada anda...untuk yang berminat..mencari dan membantu suami..pm saya..mari kita sama-sama mencari yang halal..dan ianya juga sunnah nabi muhammad s.w.t..:)
Subscribe to:
Comments (Atom)














































